Hari ini kami membawa rakit yang telah siap dibuat dari Desasiswa Saujana ke kolam renang. Kami membawanya dengan lori yang disewa bersama-sama dengan kumpulan lain. Perjalanan dari Desasiswa Saujana ke pondok pengawal keselamatan dengan membawa rakit agak memenatkan. Setelah kami menurunkan rakit di kolam renang, kami meletakkanya di sebelah kolam renang. Pada 22.09.2010 kami akan membuat pengujian rakit didalam kolam renang. Semoga projek kami ini berjalan dengan lancar.
BAMBOO DISASTER
Wednesday, September 22, 2010
BAHAGIAN KEENAM - 14.092010
Sedang mengikat buluh
Buluh yang telah siap diikat
Buluh yang dipotong kepada bahagian yang lebih kecil untuk dijadikan kubah
Buluh yang telah siap diikat bersama dengan buluh- buluh kecil
BAHAGIAN KELIMA - 07.09.2010
Kerja-kerja mengelap buluh-buluh yang telah dipotong. Ianya bertujuan bagi mengurangkan miang buluh
Menggunakan tali untuk mengikat buluh
Kerja-kerja mengikat buluh sedang dilaksanakan
Keadaan buluh yang telah siap diikat
Hujung buluh bahagian kanan dan kiri yang telah siap diikat
Tuesday, September 7, 2010
BAHAGIAN KEEMPAT - 31.08.2010
Pada bahagian keempat, kami bertiga memotong buluh-buluh tersebut kepada bahagian yg lebih kecil. Buluh-buluh dipotong untuk membuat rakit. Tujuan kami memotong buluh-buluh tersebut kepada yang lebih kecil adalah untuk memudahkan kami mengangkat rakit dari Desasiswa ke HBP.
Kerja-kerja pemotongan buluh
Selepas itu, buluh di lap bagi mengilangkan miang buluh
Dikeringkan terlebih dahulu sebelum mengikatnya
Susunan buluh untuk dibuat rakit
Kami mengikat buluh secara bersilang. Stage berikutnya adalah membuat kubahnya.
Semoga rakit kami tidak tenggelam.. amin...
(^_^)
Tuesday, August 24, 2010
BAHAGIAN KETIGA
Akhirnya kami berjaya mendapatkan 23 batang buluh. Penat lelah kami memotongnya sehingga lewat petang. Kami memotongnya dalam masa 3 hari di bulan puasa. Panjang buluh kami adalah 3.6 meter setiap satunya. Panjang tak?? huhu (^_^)
Alat penyambungan dan Canvas
Buluh-buluh yang telah dipotong diletakkan di desasiswa saujana
Tuesday, August 17, 2010
BAHAGIAN KEDUA - 17.08.2010
Jadual kerja kami yang seterusnya adalah mencari dan memotong buluh sebanyak 23 batang untuk membuat kubah dan rakit seperti yang dirancangkan. Lokasi yang menjadi pilihan kami untuk aktiviti tersebut adalah di Taman Tasik . Walaupun penat tetapi ianya amat menyeronokkan. Barulah terasa susahnya nak melaksanakan kerja tersebut. Malahan kami juga berkesempatan bertemu dengan sang biawak yang saiznya lebih besar dari yang biasa kami lihat sebelum berada di USM. Huhuhu.
Alatan yang kami gunakan untuk memotong buluh adalah:-
i.gergaji
ii.pita ukur
iii.parang.
Gambar-Gambar ahli memotong buluh silih berganti
Madihah
Atirah
Fadzlina
TUGASAN 2B = BAMBOO DISASTER
BAHAGIAN PERTAMA - 10.08.2010
Bagi tugasan pada kali ini, kami perlu membina sebuah kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli untuk membuat 'satu binaan' menggunakan buluh untuk kegunaan semasa bencana alam. Ahli-ahli kumpulan kami terdiri daripada Farah Madihah ( ketua kumpulan ), Atirah Zaraura Binti Ahmad Senusi dan Fazlina Binti Nasib. Nama kumpulan kami adalah FAM Group. Bagi melaksanakan tugasan tersebut, kami telah membuat Jadual Perancangan bermula dari tarikh tugasan diberikan iaitu pada 04.08.2010 sehingga 22.09.2010. Pada setiap hari Selasa setiap minggu, kami perlu mengemaskini blog kumpulan untuk melihat kemajuan kerja yang telah dilakukan pada setiap minggu.
JADUAL PERANCANGAN |
PERBINCANGAN KUMPULAN |
LAKARAN BAMBOO DISASTER |
Subscribe to:
Posts (Atom)