Tuesday, August 24, 2010

BAHAGIAN KETIGA

Akhirnya kami berjaya mendapatkan 23 batang buluh. Penat lelah kami memotongnya sehingga lewat petang. Kami memotongnya dalam masa 3 hari di bulan puasa. Panjang buluh kami adalah 3.6 meter setiap satunya. Panjang tak?? huhu (^_^)




Alat penyambungan dan Canvas

Buluh-buluh yang telah dipotong diletakkan di desasiswa saujana

Tuesday, August 17, 2010

BAHAGIAN KEDUA - 17.08.2010


Jadual kerja kami yang seterusnya adalah mencari dan memotong buluh sebanyak 23 batang untuk membuat kubah dan rakit seperti yang dirancangkan. Lokasi yang menjadi pilihan kami untuk aktiviti tersebut adalah di Taman Tasik . Walaupun penat tetapi ianya amat menyeronokkan. Barulah terasa susahnya nak melaksanakan kerja tersebut. Malahan kami juga berkesempatan bertemu dengan sang biawak yang saiznya lebih besar dari yang biasa kami lihat sebelum berada di USM. Huhuhu.

Alatan yang kami gunakan untuk memotong buluh adalah:-

i.gergaji
ii.pita ukur
iii.parang.






Gambar-Gambar ahli memotong buluh silih berganti


Madihah
Atirah
Fadzlina

TUGASAN 2B = BAMBOO DISASTER

BAHAGIAN PERTAMA - 10.08.2010

Bagi tugasan pada kali ini, kami perlu membina sebuah kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli untuk membuat 'satu binaan' menggunakan buluh untuk kegunaan semasa bencana alam. Ahli-ahli kumpulan kami terdiri daripada Farah Madihah ( ketua kumpulan ), Atirah Zaraura Binti Ahmad Senusi dan Fazlina Binti Nasib. Nama kumpulan kami adalah FAM Group. Bagi melaksanakan tugasan tersebut, kami telah membuat Jadual Perancangan bermula dari tarikh tugasan diberikan iaitu pada 04.08.2010 sehingga 22.09.2010. Pada setiap hari Selasa setiap minggu, kami perlu mengemaskini blog kumpulan untuk melihat kemajuan kerja yang telah dilakukan pada setiap minggu.


JADUAL PERANCANGAN

PERBINCANGAN KUMPULAN


LAKARAN BAMBOO DISASTER